Wednesday, August 29, 2007

Bab Idgham Kabir ( باب الادغام الكبير)


Idgham terbahagi kepada 2 :


· Bacaan Idgham Kabir hanya diriwayatkan dan dibaca oleh SUSI SAHAJA dan TIDAK DIBACA oleh DURI




Hanya membaca Idgham Kabir yang terdapat 2 huruf yang sama didalam 1 kalimah pada 2 tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu :



· Susi membaca Idgham Kabir apabila bertemu 2 huruf yang sama (mislain) dalam 2 kalimah

· Contoh :



Jika sekiranya pada kalimah yang pertama itu ada huruf Mad Asli atau Mad Lin, maka dibolehkan untuk membaca dengan 3 cara iaitu :
1. 2 harkat
2. 4 harkat atau
3. 6 harkat
**Seperti cara membaca Mad Aridh Lisukun


Contoh :


· Susi tidak membaca dengan Idgham Kabir pada 4 perkara berikut:· Susi juga membaca Idgham Kabir apabila bertemu huruf yang sama makhrajnya (Mutajanisain) dan huruf yang berdekatan (mutaqarribain) dalam 2 kalimah






· Susi tidak membaca dengan Idgham Kabir Mutajanisain dan Mutaqarribain pada empat perkara berikut :


Saturday, August 11, 2007

~ * BaB 1* ~ Ummul QuRaN-Imam Kisaie

• Qiraat al-Kisaie riwayat Abu al-Haris dan ad-Duri tidak mempunyai kekhilafan bacaan

~*BaB 1 *~ UmmUl QuraN-Imam HamZaH



  • Pada kalimah ((مالك qiraat Hamzah riwayat Khalaf dan riwayat Khalad :

ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ(membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah
(
ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )

  • Pada kalimah ﻋﻠﻴﻬﻢ membaca dhammah Ha pada kalimah tersebut

· Pada kalimah ﺼﺮﻄ Khalaf membaca isymam صاد

ﺼﺮﻄ = زرط

~* BaB 1*~ UmmUL QuRaN-Imam 'Aasim


  • Bagi qiraat ‘Aasim riwayat Syu’bah dan Hafs tidak mempunyai sebarang kekhilafan bacaan

~*BaB 1 *~ UmmUl QuraN-Imam Ibnu 'Aamir


  • Pada kalimah ((مالك qiraat Ibnu ‘Aamir riwayat Hisyam dan Ibnu Dzakuan membaca ;
  • ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah (ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )

~*BaB 1*~ UmmUl QuraN-ImaM AbU AmrU

  • Pada kalimah ((مالك qiraat Abu ‘Amru riwayat Ad-Duri dan As-Susi membaca ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah
  • (ما لك ) = menjadikan cara bacaannya ملك
  • Pada kalimah As-Susi membaca Idgham Kabir pada kalimah tersebut ﺍﻠﺮﺤﻴﻢ # ﻤﺍﻠﻚ

~ *BaB 1* ~ UmmuL QuRan - Imam Nafi'



  • Pada kalimah ((مالك qiraat Ibnu Kathir riwayat al-Bazzi dan Qunbul membaca ;
  • ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah
  • (ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )

~ *BaB 1* ~ UmmuL QuRan - Imam Nafi'


  • ·
  • Pada kalimah ((مالك qiraat Nafi’ riwayat Warsh dan riwayat Qalun, Qalun dan Warsh membaca ;

  • ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah
  • (ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )
  • Pada kalimah عليهمQalun membaca عليهمو

~*muQaddimah*~ {IsTi'azaH & BaSmaLaH}

Bab Isti’adzah

1. Makna isti’adzah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Iaitu minta atau memohon perlindungan Allah daripada syaitan.

2. Terdapat 3 sighah isti’adzah iaitu :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطﺎﻦالرجيم

أعوذ بالله من الشيطان

3. Parsepakatan Qura’ mengatakan Rasulullah S.A.W tidak menambah pada sighah اعوذ بالله من الشيطا ن الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahihnya yang diriwayatkan Abu Daud daripada hadis Abi Said Alkhudri R.A mafhumnya : dalam bangun malam Rasulullah S.A.W berkata

الرجيم من همزه ونفخه ونفشه اعوذ بالله السميع العلبم من الشيطان

4. Dalam kitab Hadis membahaskan daripada darjat-darjat Hadis dan dalil-dalil isti’adzah. Dalam kitab Qiraat pula membahaskan tentang bacaan kuat dan perlahan. Manakala dalam kitab feqah pula membahaskan adakah disuruh, sunat atau wajib.

5. Sesetengah pendapat mengatakan seluruh Qura’ membaca isti’adzah dengan perlahan pada awal surah al-fatihah kecuali Hamzah.

6. Diriwayatkan pula bahawa Nafi’ membaca isti’adzah dengan perlahan bagi seluruh permulaan al-Quran.

7. Yang sahihnya seluruh Qura’ menyatakan :

1) tempat yang diperlahankan isti’adzahnya :

-apabila qari membaca perlahan samada seorang diri atau ramai.

-apabila membaca dalam solat jahar atau sir.

-apabila dalam keadaan sembunyi.

-apabila membaca ditengah jemaah tadarus al-Quran bukan orang pertama.

* selain daripada tempat tersebut diharuskan membaca kuat.

8. Pengulangan isti’adzah :

1) tidak perlu mengulangi isti’adzah apabila dalam bacaannya mendatangkan darurat seperti batuk, atau percakapan berkaitan dengan qiraat.

2) perlu mengulangi isti’adzah apabila percakapan terkeluar daripada bacaan atau menjawab salam.

9. a) Wajah-wajah isti’adzah :

1- berhenti isti’adzah pada basmallah dan pada awal surah.

2- berhenti isti’adzah pada basmallah dan menyambung basmallah dengan awal surah..

3- sambung isti’adzah dengan basmallah dan berhenti pada awal surah.

4- sambung isti’adzah dengan basmallah dan awal surah.

Terdapat 2 cara membaca isti’adzah diawal surah at-taubah :

1) berhenti pada isti’adzah kemudian meneruskan bacaan.

2) menyambung isti’adzah dengan awal surah.

Bab Basmallah

    1. Makna basmallah ialah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(بسم الله الرحمن الرحيم)

Qura’ merumuskan :

(a) Qalun, Kisaie, ‘Asim, dan Ibn Kasir menetapkan basmallah diantara tiap-tiap surah kecuali pada surah diantara surah al-anfal dan surah at-taubah.

(b) Hamzah menyatakan menyambung tiap-tiap antara dua surah.

(c) Ibn ‘Amir, Warash, Abi ‘Amru merumuskan bagi mereka 3 wajah :

1. membaca basmallah setiap antara 2 surah kecuali diantara surah al-anfal dan at-taubah.

2. sambung tanpa basmallah.

3. saktah tanpa basmallah.

3. Dalam tiga wajah tersebut Ibn ‘Amir, Warash, Abi ‘Amru tidak bersepakat nas yang sahih dan yang terpilih diantara ahli Qura’ dan yang terbaik daripada syeikh Qura’.

4. yang jelas Warash, Ibn ‘Amir dan Abi ‘Amru memilih wajah ketiga iaitu saktah tanpa nafas sebagai pilihan ketika memulakan basmallah pada permulaan surah.

5. Terdapat setengah ahli Qura’ daripada mereka tidak membaca basmallah dalam empat surah berikut :

1- Akhir surah muddassir diawal surah qiyamah.

2- Akhir surah infitan diawal surah mutaffifin.

3- Akhir surah al-fajr diawal surah al-balad.

4- Akhir surah al-asr diawal surah al-humazah.

6. Apabila menyambung surah at-taubah dengan surah al-anfal atau memulakan bacaan daripada permulaan surah at-taubah maka tidak boleh membaca basmallah kerana surah at-taubah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru hara dan basmallah pula keamanan. Tidak mungkin keamanan dan huru hara rberhimpun dalam satu masa.

7. Apabila memulakan bacaan daripada permulaan surah selain surah Al-baqarah boleh memilih membaca basmalah bagi semua qura’.

8 . Bagi seluruh qura’ pada wajah diantara surah anfal & attaubah 3 keadaan

# Sambung

# saktah tanpa nafas

# berhenti serta ambil nafas & tiapnya tanpa basmalah

9 Apabila menyambung basmalah bersama akhir surah tidak boleh diberhentikan sehingga tak syak tanpa basmalah disyariatkan pada awal surah bukan pada akhir surah.

10. Wajah basmalah akhir surah pada awal surah.

#berhenti pada akhir surah daripada basmalah & basmalah pada awal surah

#berhenti pada akhir surah daripada basmalah dan menyambung basmalah dengan awal surah

#menyambung akhir suarah dengan basmalah dan awal surah.

~* muqaddimah *~ {peNgenalAn 7 imAm QuRRa'}


7 IMAM AL-QURRA’

NAMA IMAM

NAMA SEBENAR

TAHUN LAHIR

TAHUN MENINGGAL

1) Imam Nafi’ al-Madani

Abu Ruwaim Nafi’ bin abdul Rahman bin Abi Na’im al-Laithi

70 H

169 H

- Qalun

Abu Musa Isa b. Mina b. Wardan b. Isa b. Abdul Samad

120 H

220 H

- Warsy

Abu Sa’id Othman b. Sa’id b. Abdullah al-Qibti al-Masri

110 H

197 H

2) Imam Ibnu Kathir al-Makki

Abu sa’id Abdullah b. Kathirb. ‘amru b. Abdullah b. Zazan b. Fairuz b. Hirmuz al-Dari

45 H

120 H

-al-Bazzi

Abu al-Hassan Ahmad b. Muhammad b. Abdullah b. al-Kasim b. Nafi’ b. abi Bazzah al-Makki

170 H

250 H

- Qunbul

Abu ‘Amru Muhammad b. Abdul Rahman b. Muhammad b. Khalid b. Sa’id al-Makhzumi

170 H

250 H

3) Imam Abu ‘Amru al-Bashri

Abu Amru Ziban b. al-‘Ala’ b. Ammar b. al-‘iryan b. Abdullah b. al-Hussain al-Mazani

68 H

154 H

-al-Duri

Abu ‘Amru Hafsh b. Umar b. Abdul Aziz al-nahwi al-Baghdadi


246 H

-al-Susi

Abu Syu’aib Shalih b. Ziad b. Abdullah b. Ismail b. al- Jarud


261 H

4) Imam Ibnu ‘Aamir al- Dimasyqi

Abu ‘Imran Abdullah b.’Aamir b. Yazid b. Tamim b. Rabi’ah al-Yahsyabi

8 H

118 H

-Hisyam

Abu al-Walid Hisyam b. ‘Ammar b. Nasir b. Maisarah al-Salma

153 H

245 H

-Ibnu Dzakuan

Abu ‘Amru Abdullah b. Ahmad b.Basyir b.Dzakuan

173 H

242 H

5) Imam ‘Aashim al-Kufi

Abu Bakar ‘Aashim b. Abdullah (Abi al-Najud) b. Bahdalah al-Asadi


127 H

-Syu’bah

Abu Bakar Syu’bah b. ‘Iyasy b. Salim

95 H

193 H

-Hafsh

Abu Umar Hafsh b. Sulaiman b. al- Mughirah b. Abi Daud al-Kufi

90 H

180 H

6) Imam Hamzah al-Kufi

Abu ‘Imarah Hamzah b. Habib b. ‘Imarah b. Ismail al-Zaiyat

80 H

156 H

-Khalaf

Abu Muhammad Khalaf b. Hisyam b. Tabib al-Bazzar

150 H

229 H

-Khallad

Abu Isa Khallad b. Khalid al-Syaibani al-Kufi


220 H

7) Imam al-Kisaie al Kufi

Abu al-Hasan Ali b. Hamzah b. Abdullah b. Othman al-Nahwi

119 H

189 H

-Abu al-Harith

Al-Laith b. Khalid al-Marwazi al-Baghdadi


240 H

-al-Duri

Abu ‘Amru Hafsh b. Umar b. Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi


246 H

~*muqaddimah*~ {al-Quran DiTuRunkaN DgN 7 HuRuF}

AL-QURAN DITURUNKAN DENGAN TUJUH HURUF

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan bahawa al-quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dengan 7 huruf.

Antara hadis-hadis sahih yg menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :

Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Telah bersabda Rasullullah s.a.w “Jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf,maka aku sentiasa mengulang-ulanginya.aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut .Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”

Dalam hadis yang lain pula ada menjelaskan:

Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada Ubai bin Kaab, sesungguhnya ketika Rasulullah s.a.w berada ditempat takungan air kepunyaan Bani Ghafar,baginda telah bersabda :Telah datang Jibril a.s kepadaku dan berkata : Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membaca al-Quran kepada umatmu dengan 1 huruf (bacaan).Maka baginda menjawab :aku memomohon kepada Allah akan kemaafan dan keampunannya kerana sesungguhnya umat ku tidak mampu melakukan demikian.kemudian Jibril datang kepadaku kali kedua dan berkata; Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membacakan al-Quran kepada umat kamu dengan 2 huruf. Maka baginda menjawab: Aku memohon kepada Allah akan kemaafan dan keampunannya kerana umatku tidak mampu melakukan demikian. Kemudian Jibril datang kepadaku kali ketiga dan berkata; sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membacakan al-Quran kepada umat kamu dengan 3 huruf. Maka baginda menjawab: Aku memohon kepada Allah akan kemaafan dan keampunannya kerana umatku tidak mampu melakukan demikian. Kemudian Jibril datang kepadaku untuk kali ke-4 dan berkata; sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu, supaya kamu membacakan al-Quran kepada umat kamu dengan 7 huruf, maka mana-mana satu huruf yang kamu baca daripadanya itu adalah betul.

Sabda Rasullullah S.A.W. bermaksud

“sesungguhnya al-Quran ini telah diturunkan atas 7 huruf maka bacalah olehmu mana yang mudah daripadanya”

Imam Ibn al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bentuk kalimah yang dimaksudkan dengan 7 huruf itu ialah 7 bacaan yang menjadi perselisihan. Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :

a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama’

b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan per buatan menyeluruh

c) Khilaf pada wajah I’rab

d) Khilaf pada mnetapkan dan membuangkan

e) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan

f) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat

g) Khilaf pada loghat

~*muqaddimah*~ {ProFiL iMam SyAtiBi}

PROFIL IMAM SYATIBI

Nama sebenar :

Abu Qasim bin Khalaf bin Ahmad asy-Syatibi al-Andalusi ad-Dharir.

Kelahiran

Ø Pada akhir tahun 538 hijrah di Syatibah salah satu kampung di Andalusia.

Pendidikan

Ø Hafaz Quran dan talaqqi Qiraat pada Abi Abdullah Muhammad bin Abi al-‘Asy

Ø Kemudian ke Balinsiah sebuah kampung yang berhampiran dengan kampung beliau untuk membentangkan Kitab Taisir bagi Abi Amru ad-Daani

Ø Beliau mengambil kitab ulama’ Nahu daripada Abi Abdillah Muhammad bin Hamid

Kelebihan

Ø Imam Syatibi imam yang diperakui hujahnya dalam bidang ulum Quran, Hadith dan bahasa.

Ø Tinggi kesabarannya, tenang dan khusyu’

Ø Ketika ditanya tentang keadaan beliau, beliau tidak akan menambah tetapi hanya berkata al-‘afiah

Kewafatan

Ø Wafat pada 28 Jamadilakhir 509 hijrah

Ø Dikebumikan di perkuburan Qadhi al-Fadhil Safhil Jabal al-Maqtam di Kaherah


~*muqaddimah*~ { JeNiS QIrAAt }

BACAAN YANG MUTAWAATIR


Bacaan yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada 10 imam al-Qurra’ serta diriwayatkan kepada 10 Imam al-Qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan 10 yang mutawatir ini terbahagi kepada 2 kategori :-

1) al-Qiraat al-‘Asyr al-Kubra iaitu bacaan-bacaan 10 besar. Bacaan-bacaan 10 besar adalah bacaan yang disandarkan kepada 10 Imam al-Qurra yang ter kenal iaitu Imam Nafi’, Imam ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu ‘Aamir, Imam ‘Aashim, Imam Hamzah, Imam Kisaie, Imam Abu Abu Ja’afar, Imam Ya’akub dan Imam Khalaf al-‘Aashir. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syairnya) yang disebut matan al-Jazariah.

2) Al –Qiraat al-‘Asyr al-Sughra iaitu bacaan 10 kecil. Bacaan 10 kecil adalah bacaan yang disandarkan kepada 10 imam al-Qurra’ yang sam tetapi gabungan 2 sumber iaitu :

a. Al-Qiraat al-Sab’ iaitu bacaan-bacaan 7 yang yang disandarkan kepada 7 Imam al-Qurra’ iaitu Imam Nafi’, Imam ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu ‘Aamir, Imam ‘Aashim, Imam Hamzah, Imam Kisaie,. Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam al-Syatibi dalam matannya (syairnya) yang disebut Matan al-Syatibiah

b. Al-Qiraat at-thalath iaitu bacaan-bacaan 3 (pelengkap bagi bacaan – bacaan 7)yang disandarkan kepada 3 imam al-Qurra’iaitu Imam Abu Ja’far. Imam Ya’akub dan Imam Khalaf al-‘Aashir. Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam al-Jazari dalam matannya (syairnya) yang disebut Matan al-Durrah.


**Blog ini hanya akan membincangkan mengenai Al-Qiraat al-Sab’

*~muqaddimah~* {TaKRif} {HuBUnGan QuRan & QirAAt} {kelEbiHAn iLmu QIraaT}

Pengertian al-Quran

1)Pada Bahasa merupakan masdar daripada kata قرأ

2)Pada Istilah "Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushhaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah.”

Pengertian Qiraat
1. Pada Bahasa : Merupakan kata jama' daripada kalimah qira'ah (
قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang dibaca.


2.Menurut Istilah: Perbezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemuanya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad. S.A.W.


3. Kekhilafan (perselisiahn pendapat atau pandangan) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.

Hubungan al-Quran dengan Qiraat

1. Merupakan 2 perkara atau benda yang berbeza

2. al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada nabi S.A.W.

3. al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid,pelat,i'rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi/musyafahah.


KELEBIHAN ILMU QIRAAT

1. Menerangkan hukum yang telah diijma’kan(disepakati) diatasnya

2. menguatkan hukum yang khilaf (perbezaan)

3. memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah (kesusasteraan arab yang berbagai-bagai) dan ringkasan yang mudah difahami.

4. ia juga menerangkan kelebihan dan kemuliaan umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.

5. memahami aspek dan kandungan al-Quran dan lebih luas dan mendalam.

6.Terpelihara daripada kesilpan membaca atau menyebut kalimat-kalimat al-Quran

7. menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah alQuran daripada asalnya.

8. dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.