Saturday, August 11, 2007

*~muqaddimah~* {TaKRif} {HuBUnGan QuRan & QirAAt} {kelEbiHAn iLmu QIraaT}

Pengertian al-Quran

1)Pada Bahasa merupakan masdar daripada kata قرأ

2)Pada Istilah "Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushhaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah.”

Pengertian Qiraat
1. Pada Bahasa : Merupakan kata jama' daripada kalimah qira'ah (
قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang dibaca.


2.Menurut Istilah: Perbezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemuanya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad. S.A.W.


3. Kekhilafan (perselisiahn pendapat atau pandangan) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.

Hubungan al-Quran dengan Qiraat

1. Merupakan 2 perkara atau benda yang berbeza

2. al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada nabi S.A.W.

3. al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid,pelat,i'rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi/musyafahah.


KELEBIHAN ILMU QIRAAT

1. Menerangkan hukum yang telah diijma’kan(disepakati) diatasnya

2. menguatkan hukum yang khilaf (perbezaan)

3. memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah (kesusasteraan arab yang berbagai-bagai) dan ringkasan yang mudah difahami.

4. ia juga menerangkan kelebihan dan kemuliaan umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.

5. memahami aspek dan kandungan al-Quran dan lebih luas dan mendalam.

6.Terpelihara daripada kesilpan membaca atau menyebut kalimat-kalimat al-Quran

7. menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah alQuran daripada asalnya.

8. dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.