Saturday, August 11, 2007

~*muqaddimah*~ { JeNiS QIrAAt }

BACAAN YANG MUTAWAATIR


Bacaan yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada 10 imam al-Qurra’ serta diriwayatkan kepada 10 Imam al-Qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan 10 yang mutawatir ini terbahagi kepada 2 kategori :-

1) al-Qiraat al-‘Asyr al-Kubra iaitu bacaan-bacaan 10 besar. Bacaan-bacaan 10 besar adalah bacaan yang disandarkan kepada 10 Imam al-Qurra yang ter kenal iaitu Imam Nafi’, Imam ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu ‘Aamir, Imam ‘Aashim, Imam Hamzah, Imam Kisaie, Imam Abu Abu Ja’afar, Imam Ya’akub dan Imam Khalaf al-‘Aashir. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syairnya) yang disebut matan al-Jazariah.

2) Al –Qiraat al-‘Asyr al-Sughra iaitu bacaan 10 kecil. Bacaan 10 kecil adalah bacaan yang disandarkan kepada 10 imam al-Qurra’ yang sam tetapi gabungan 2 sumber iaitu :

a. Al-Qiraat al-Sab’ iaitu bacaan-bacaan 7 yang yang disandarkan kepada 7 Imam al-Qurra’ iaitu Imam Nafi’, Imam ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu ‘Aamir, Imam ‘Aashim, Imam Hamzah, Imam Kisaie,. Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam al-Syatibi dalam matannya (syairnya) yang disebut Matan al-Syatibiah

b. Al-Qiraat at-thalath iaitu bacaan-bacaan 3 (pelengkap bagi bacaan – bacaan 7)yang disandarkan kepada 3 imam al-Qurra’iaitu Imam Abu Ja’far. Imam Ya’akub dan Imam Khalaf al-‘Aashir. Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam al-Jazari dalam matannya (syairnya) yang disebut Matan al-Durrah.


**Blog ini hanya akan membincangkan mengenai Al-Qiraat al-Sab’

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.