Tuesday, September 11, 2007

2 HamZah DaLaM 1 KalimaH

1) Apabila bertemu dua hamzah qoto’ dalam satu kalimah,hamzah pertama berbaris fathah dan hamzah kedua juga berbaris fathah seperti “ءأنذرتهم”, atau hamzah pertama berbaris fathah dan hamzah kedua berbaris kasroh seperti “أئذا”, atau hamzah pertama berbaris fathah dan hamzah kedua berbaris dommah seperti “أؤنبئكم”. Ahli Sama’ iaitu Naafi’, Ibnu Kasir dan Abu Amru membaca dengan mentashilkan hamzah yang kedua.

Mentashilkan fathah di antara hamzah dan alif.
Contoh: ءأنذرتهم

Mentashilkan kasroh di antara hamzah dan ya’.
Contoh: أئذا

Mentashilkan dommah di antara hamzah dan wau.
Contoh: أؤنبئكم


2) # Khilaf Warash padadua hamzah yang berbaris hamzah. Warash menukarkan huruf kedua kepada huruf mad dengan kadar 6 harakat.
Contoh: ءأنذرتهم – ءآنذرتهم

# Khilaf Warash yang kedua, Warash membaca dengan mentashilkan hamzah yang kedua.

# Baki Qura’, mereka membaca dengan tahqiq kedua-dua hamzah.


3) Pada perkataan "ءاعجمي وعربي" dalam Surah Fushilat.

Hamzah, Kisaie dan Syu’bah membaca kedua-dua hamzah itu dengan tahqiq.
Contoh: ءاعجمي وعربي – ءأعجمي وعربي

Hisyam pula menggugurkan hamzah yang pertama.
Contoh: ءاعجمي وعربي – أعجمي وعربي

Baki Qura’ membaca dengan mentahqiqkan hamzah pertama dan mentashilkan hamzah kedua.

Warash membaca dengan menukarkan hamzah kedua dengan huruf mad dengan kadar 6 harakat.


4) Bagi perkataan "أذهبتم طيبتكم" dalam Surah Al-Ahqaf.

Ibnu Aa’mir dan Ibnu Kasir menambahkan hamzah pada perkataan tersebut.
Contoh: أذهبتم طيبتكم – ءأذهبتم طيبتكم

Ibnu Kasir membaca dengan mentahqiqkan hamzah pertama dan mentashilkan hamzah kedua.

Hisyam membaca dengan mentahqiqkan hamzah pertama dan mentashailkan atau mentahqiqkan hamzah kedua.

Ibnu Zakuan membaca dengan mentahqiqkan kedua-duanya.

Baki Qura membaca dengan satu hamzah(mentahqiqkan).


5) Bagi perkataan "أن كان ذا ما ل وبنين" dalam Surah Al-Qalam.

Hamzah, Syu’bah dan Ibnu Aa’mir menambahkan hamzah pada perkataan tersebut.
Contoh: أن كان ذا ما ل وبنين- ءأن كان ذا ما ل وبنين

Hamzah dan Syu’bah membaca dengan 2 hamzah. Kedua-duanya dibaca dengan tahqiq.

Ibnu Aa’mir membaca dengan hamzah. Hamzah pertama dibaca dengan tahqiq dan hamzah kedua dibaca dengan tashil.
Baki Qura’ membaca dengan satu hamzah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.