Saturday, August 11, 2007

~*muQaddimah*~ {IsTi'azaH & BaSmaLaH}

Bab Isti’adzah

1. Makna isti’adzah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Iaitu minta atau memohon perlindungan Allah daripada syaitan.

2. Terdapat 3 sighah isti’adzah iaitu :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطﺎﻦالرجيم

أعوذ بالله من الشيطان

3. Parsepakatan Qura’ mengatakan Rasulullah S.A.W tidak menambah pada sighah اعوذ بالله من الشيطا ن الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahihnya yang diriwayatkan Abu Daud daripada hadis Abi Said Alkhudri R.A mafhumnya : dalam bangun malam Rasulullah S.A.W berkata

الرجيم من همزه ونفخه ونفشه اعوذ بالله السميع العلبم من الشيطان

4. Dalam kitab Hadis membahaskan daripada darjat-darjat Hadis dan dalil-dalil isti’adzah. Dalam kitab Qiraat pula membahaskan tentang bacaan kuat dan perlahan. Manakala dalam kitab feqah pula membahaskan adakah disuruh, sunat atau wajib.

5. Sesetengah pendapat mengatakan seluruh Qura’ membaca isti’adzah dengan perlahan pada awal surah al-fatihah kecuali Hamzah.

6. Diriwayatkan pula bahawa Nafi’ membaca isti’adzah dengan perlahan bagi seluruh permulaan al-Quran.

7. Yang sahihnya seluruh Qura’ menyatakan :

1) tempat yang diperlahankan isti’adzahnya :

-apabila qari membaca perlahan samada seorang diri atau ramai.

-apabila membaca dalam solat jahar atau sir.

-apabila dalam keadaan sembunyi.

-apabila membaca ditengah jemaah tadarus al-Quran bukan orang pertama.

* selain daripada tempat tersebut diharuskan membaca kuat.

8. Pengulangan isti’adzah :

1) tidak perlu mengulangi isti’adzah apabila dalam bacaannya mendatangkan darurat seperti batuk, atau percakapan berkaitan dengan qiraat.

2) perlu mengulangi isti’adzah apabila percakapan terkeluar daripada bacaan atau menjawab salam.

9. a) Wajah-wajah isti’adzah :

1- berhenti isti’adzah pada basmallah dan pada awal surah.

2- berhenti isti’adzah pada basmallah dan menyambung basmallah dengan awal surah..

3- sambung isti’adzah dengan basmallah dan berhenti pada awal surah.

4- sambung isti’adzah dengan basmallah dan awal surah.

Terdapat 2 cara membaca isti’adzah diawal surah at-taubah :

1) berhenti pada isti’adzah kemudian meneruskan bacaan.

2) menyambung isti’adzah dengan awal surah.

Bab Basmallah

    1. Makna basmallah ialah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(بسم الله الرحمن الرحيم)

Qura’ merumuskan :

(a) Qalun, Kisaie, ‘Asim, dan Ibn Kasir menetapkan basmallah diantara tiap-tiap surah kecuali pada surah diantara surah al-anfal dan surah at-taubah.

(b) Hamzah menyatakan menyambung tiap-tiap antara dua surah.

(c) Ibn ‘Amir, Warash, Abi ‘Amru merumuskan bagi mereka 3 wajah :

1. membaca basmallah setiap antara 2 surah kecuali diantara surah al-anfal dan at-taubah.

2. sambung tanpa basmallah.

3. saktah tanpa basmallah.

3. Dalam tiga wajah tersebut Ibn ‘Amir, Warash, Abi ‘Amru tidak bersepakat nas yang sahih dan yang terpilih diantara ahli Qura’ dan yang terbaik daripada syeikh Qura’.

4. yang jelas Warash, Ibn ‘Amir dan Abi ‘Amru memilih wajah ketiga iaitu saktah tanpa nafas sebagai pilihan ketika memulakan basmallah pada permulaan surah.

5. Terdapat setengah ahli Qura’ daripada mereka tidak membaca basmallah dalam empat surah berikut :

1- Akhir surah muddassir diawal surah qiyamah.

2- Akhir surah infitan diawal surah mutaffifin.

3- Akhir surah al-fajr diawal surah al-balad.

4- Akhir surah al-asr diawal surah al-humazah.

6. Apabila menyambung surah at-taubah dengan surah al-anfal atau memulakan bacaan daripada permulaan surah at-taubah maka tidak boleh membaca basmallah kerana surah at-taubah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru hara dan basmallah pula keamanan. Tidak mungkin keamanan dan huru hara rberhimpun dalam satu masa.

7. Apabila memulakan bacaan daripada permulaan surah selain surah Al-baqarah boleh memilih membaca basmalah bagi semua qura’.

8 . Bagi seluruh qura’ pada wajah diantara surah anfal & attaubah 3 keadaan

# Sambung

# saktah tanpa nafas

# berhenti serta ambil nafas & tiapnya tanpa basmalah

9 Apabila menyambung basmalah bersama akhir surah tidak boleh diberhentikan sehingga tak syak tanpa basmalah disyariatkan pada awal surah bukan pada akhir surah.

10. Wajah basmalah akhir surah pada awal surah.

#berhenti pada akhir surah daripada basmalah & basmalah pada awal surah

#berhenti pada akhir surah daripada basmalah dan menyambung basmalah dengan awal surah

#menyambung akhir suarah dengan basmalah dan awal surah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.