Tuesday, September 11, 2007

2 Hamzah DaLam 2 kaliMah

v Abu Amru menggugurkan hamzah pertama dari dua hamzah qata’ yang berdekatan pada kalimah kedua yang bersambung dengan syarat kedua-duanya sama baris
Ø Fathah جاء أمرنا
Ø Kasrah هؤلاء ءان
Ø Dhommah أولياء أولئك

v Huruf mad yang sebelum hamzah pertamadua wajah :
i) qosor 2 harakat
ii) pertengahan 4 harakat

v Qalun dan Bazzi bersepakat menggugurkan hamzah pertama ketika kedua-duanya fathah جاء أحدكم
v Alif sebelumnya dibaca dengan dua wajah :
i) Qosor 2 harakat
ii) Pertengahan 4 harakat

Bagi Qalun dan Bazzi pada selain alif terbahagi kepada 2 :
i) ketika kedua-duanya kasrah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan ya’ (هؤلاء ءان)
ii) ketika keua-duanya dhommah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan wau(أولياء أولئك)

Setengah ahli qura’ selain Qalun dan Bazzi mengibdalkan hamzah pertama kepada wau kemudian mengidghamkn wau pertama yang sebelumnya pada lafaz(بالسوء ءالا ما رحم) menjadi(بالسّوّ ءالا)

§ Setengah yang lain mentashilkan hamzah pertama diantara wau seperti asal kaedah Qalun dan Bazzi pada hamzah yang kedua-duanya kasrah ءالا kepada :
i) Qosor 2 harakat
ii) Pertengahan 4 harakat

Tidak khilaf dalam meringankan lafaz(بالسؤ ءالا ما رحم ءالى) tersebut bagi Qalun dan Bazzi dengan menutup dan mengunci bahkan tersebar dengan membuka dalam buku qiraat.

v Warsh dan Qunbul pada hamzah kedua ketika kedua-duanya bersepakat baris dalam dua kalimah kepada tiga jenis dengan dua wajah :
i) tahqiq hamzah pertama tashil hamzah kedua
- fathah diantara hamzah dan alif
- kasrah diantara hamzah dan ya’
- dhommah diantara hamzah dan wau

ii) tahqiq hamzah pertama ibdal hamzah kedua huruf mad yang sesuai daripada jenis baris sebelumnya
- fathah kedua-dua ibdal kepada alif
- kasrah kedua-dua ibdal kepada ya’
- dhommah kedua-dua ibdal kepada wau

v apabila ketika selepas hamzah kedua huruf sukun maka selepas mengibdalkan huruf mad dimadkan dengan kadar 6 harakat(جاء أمرنا)
v apabila selepasnya huruf berbaris maka dimadkan huruf mad ibdal daripada hamzah kedua dengan kadar 2 harakat sahaja(جاء أحدكم الموت) .
Wajah ketiga bagi Warsh ada dua hamzah dalam kalimah pada kalimah هؤلاء ءان كنتم) dalam surah al-baqarh dan pada kalimah(على البغاء ءان أردن) dalam surah an-nur mengibdalkan Warsh ketika kasrah dengan ya’
Diringkaskan bagi Warsh pada(هؤلاء ءان) kepada tiga wajah
i) tashil hamzah kedua baina baina
ii) ibdal hamzah huruf mad dimadkan dengankadar 6 harakat
iii) mengibdalkan hamzah kepada ya’ kasrah

Pada lafazعلى البغاء ءان أرردن) empat wajah :
- tiga wajah pertama seperti pada lafaz(هؤلاء ءان)
iv) ibdal kedua huruf mad dimadkan dengan kadar 2 harakat

Bagi Warsh pada kalimah(للنبي ءان أراد) dalam surah al-ahzab terbahagi kepada tiga wajah :
i) tahqiq hamzah pertama dan mentashilkan yang kedua baina baina
ii) tahqiq hamzah pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada ya’yang mudah dimadkan dengan kadar 6 harakat
iii) tahqiq hamzah pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada ya’

Adapun pada kalimah(من النساء ءان اتقيتن) bagi Warsh dan Qunbul tiga wajah yang disebut pada(للنبى ءان أراد) kecuali yang dkata pada wajah ketiga ya’ dimadkan dengan kadar 2 harakat menjadikan nun berbaris dengan kasrah diringkaskan daripada bertemu dua sukun.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.