Tuesday, September 11, 2007

HamZah MufRad

Warash menukar hamzah sukun dengan syarat;


ü Terletak pada tempat Fa’ bagi wazan yang datangnya hamzah sukun pada tempat Fa’ dalam kalimah ~ يفعلون

Misalnya: يؤمنون = يومنون


Ø Mengibdalkan hamzah sukun mengikut baris sebelumnya;

§ Apabila sebelumnya fathah,ibdal kepada alif .Misalnya; تألمون = تالمون
§ Apabila sebelumnya dhommah,ibdal kepada wau.Misalnya; المؤمنون = المومنون
§ Apabila sebelumnya kasrah,ibdal kepada ya’.Misalnya; الذي اؤتمن = الذي ايتمن


Warsh mengecualikan lafaz :

~ (الأيواء ) Kerana tidak terdapat dalam Al-quran.

· مأواه,تؤويه,تؤوي,فأووا,مأواكم,مأواهم) ).Mentahkidkan hamzah pada kalimah tersebut ketika dalam Al-quran.



Warsh mengibdalkan hamzah yang fathah ditempat Fa’ selepas huruf dhommah;


Misalnya;(مؤجلا = موجلا) يؤيد = يويد) (


Warsh tak ibdal hamzah dalam keadaan;

~Hamzah ditempat ‘ain dalam kalimah (فؤادك)
~Hamzah yang dhommah selepas fathah(تؤزهم)


v Susi mengibdalkan tiap-tiap hamzah yang sukun;

o Pada Fa’ dalam kalimah seperti warsh.Misalnya ~ ألبأس – ألرّأس
o Pada ‘ain dalam wazan فعل
o Pada lam dalam wazan فعل



v Susi mengecualikan ibdal daripada 5 jenis hamzah sukun;

i.Apabila sukun alamat jazam.
~6 lafaz yang tiap-tiapnya fe’el mudore’ majzum:

1)تسؤ pada 3 tempat;
- تسؤهم “ surah At-taubah & Ali Imran."
-ان تبدلكم تسؤكم “surah Al-maidah.”

2)نشاء pada 3 tempat;
-ان نشأننزل عليهم “surah asy-syuara’.”
- ان نشأ نخسف بهم الارض “surah saba’”
-ان نشا نغرقهم “surah yaasin.”

3) يشأ pada 10 tempat;
-ان يشأ يذهبكم “berulang-ulang dalam surah An-Nisa,Al-An’aam,Ibrahim dan fatir."
-ان يشأ يسكن الرّيح ,فان يشاء الله يختم على قلبك “2 tempat dalam surah As-Syuraa."
-ان يشأ يرحمكم أو ان يشأ يعذبكم “2 tempat dalam surah Isra’”
من يشاء الله يضلله ومن يشأ يجعله على صراط مستقيم - “2 tempat dalam surah Al-an’aam.

~Hamzah yang berbaris kasrah pada (يشاء الله يضلله)dan( فاءن يشأ الله) diringkaskan daripada pertemuan 2 sukun dan tidak jelas sukunnya pada 2 tempat tersebut kecuali ketika waqaf padanya ;

4) يهيء
~ ويهئ لكمdalam surah Al-Kahfi

5) ننسأها
ما ننسخ من ءا ية أو ننسها ~surah Al-Baqarah

6) ينبأ
~ أم لم ينبأ بما فى صحف موسى surah An-Najm


ii) Susi tidak mengibdalkan hamzah sukun apabila sukun bina’.
~ 11 kalimah yang tiapnya Feel amar mabni atas sukun.
1) وهئ لناsurah Al-Kahfi.
2) أنبئهم بأسماءهم surah Al-baqarah.
3) نبئنا بتأويله surah Yusuff.
4) نبئ عبادي surah Al-Hijr.
5) ونبئهم عن ضيف ابرهيم surah Al-Hijr.
6) ونبئهم أن الماء surah Al-Qamar.
7/8) أرجئه pada surah Al-Aa’raaf dan surah Asy-Syuara’.
9) اقرأ كتبك surah Al-Isra’.
10,11) اقرأ باسم ربك ,اقرأ وربك الاكرم kedua-duanya dalam surah Al-Alaaq.


iii) Hamzah sukun yang dikecualikan bagi Susi iaitu ketika menyebut padanya
dengan hamzah yang tahqiq lebih ringan daripada menyebut hamzah yang
ibdal.

~ 2 kalimah pada dua tempat :

1) وتؤى إليك من تشأ surah Al-Ahzab
2) وفضيلتة التي تؤية surah Al-Ma’arij

iv) Sebab Susi tidak mengibdalkan hamzah dalam 4 kalimah pada (ورىيا)dalam
kalimah أحسن أثنا ورءيا pada surah Maryam,kerana apabila di ibdalkan hamzah
kepada Ya’ sukun dan di idghamkan Ya’ kedua akan mendatangkan kekeliruan
pada maknanya.

v) Susi mengecualikan ibdal pada kalimah (مؤصدة)

~ 2 tempat pada dua surah.

1) Surah Al-Balad.
2) Surah Al-Humazah.

v Susi mentahqiqkan pada kalimah tersebut kerana asal daripada kalimah
(أأصدت) maka mengibdalkan alif kedua jadi (آصدت)

v Mazhab Abu Amru mentahqiqkan hamzah tersebut dan diikuti Susi kerana gurunya.





Susi mentahqiqkan hamzah pada lafaz بارئكم pada 2 tempat dalam surah al-baqarah kerana mengikut gurunya.
Bersepakat warsh dan susi mengibdalkan hamzah بئر padaوبئر معطله dalam surah al-hajj dengan mengibdalkan hamzah kepada ya’ mad بير معطله .

Ø Ibdal hamzah بئس pada :
-بئسما ا شتروا
ولبئس المهاد-
بئسمااشترو
فلبئس مثو المتكبرين –
Diibdalkan kepada ya’ madبيس

# bersepakat warsh, kisaie dan susi mengibdalkan lafaz (اللذئب ) pada tempat dalam surah yusuf

1) وأخاف ان يأكله الذئب
2)لئن أكله الذئب
3)فأكله الذئب

· Diibdalkan pada ya’ mad (الذئب
· baki qura’ mentahqiqkan pada kalimahالذئب, بئس, بئر


bersepakat syu’bah dan susi mengibdalkan hamzah sukun pertama kepada wau pada lafaz اللؤلو padaاللولو makrifah dan nakirah.
-ma’rifahيخرج منهما اللؤلؤ والمرجان
-nakirahكانهم لؤلؤ مكنون

ü baki qura’ mentahqiqkan hamzah pada lafaz(اللؤلو )(لؤلؤ) seperti asal.

# durri Abu ‘Amru menambah hamzah sukun yang tahqiq pada lafaz لا يلئكم من اعملكم شئا dalam surah al-hujurat kepada ( لا يألتكم)

§ Susi mengibdalkan hamzah pada alif.( يالتكم )
§ Baki qura’ tanpa hamzah.

Warash mengibdalkan hamzah pada lafaz لئلا kepada ya’ fathah pada 3 tempat

1)لئلا يكون للناس عليكم حجة pada surah Al-baqarah.
2)لئلا يكون للناس على الله حجه بعد الرسل pada surah An-Nisa.
3)لئلا يعلم أهل الكتب pada surah Al-Hadid.

· Riwayat warash لئلا pada 3 tempat tersebut

# Warsh mengibdalkan hamzahالنسئ kepada ya’ kemudian menidghamkan kepada ya’ sebelumnya dalam ayatانما النسئ زيادة في الكفر dalam surah at-taubah kepadaانما النسى زيادة في الكفر

ü Baki qura’ mentahqiqkan hamzah kepadaلئلا 2 tempat dan pada lafaz النسئ

Warsh mad badal bagi tiap-tiap qurra’ wajib iaitu apabila bertemu 2 hamzah dalam 1 kalimah yang kedua daripada sukun maka diibdalkan huruf mad daripada baris harakat sebelumnya;


1)Sebelumnya fathah diibdalkan alif(آدم,آمن,آتى)
2)Sebelumnya dhommah diibdalkan kepada wau. (وأوذو,وأوتوا )
3)Sebelumnya kasrah diibdalkan kepada ya’ (, لاءيلا ف قريش ايمانا)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Home | Huffaz Team | Tahfizqiraat407
Copyright © 2007 Qiraat Asy-Syatibiyyah. All rights reserved.